Biografi
Saidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah keluarga
Quraish yang kaya di
Makkah beberapa tahun selepas kelahiran
Nabi Muhammad s.a.w.. Dia ialah salah seorang daripada orang yang pertama sekali memeluk
Islam dan amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau juga berhijrah ke
Habshah dan kemudian
penghijrahan dari
Makkah ke
Madinah.
Perkembangan Islam semasa pemerintahan Saidina Uthman
Saidina Uthman
menjadi khalifah selepas Saidina
Umar Al-Khattab dibunuh pada tahun
644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun
656. Semasa pemerintahannya, keseluruhan
Iran, sebahagian daripada
Afrika Utara, dan
Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar
Islam.
Adalah dikatakan bahawa Saidina Uthman melantik saudaranya sebagai
pentadbir jajahan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya
dianggap aman manakala enam tahun terakhir pula dianggap keadaan
huru-hara. Beliau juga berjaya menghabiskan usaha pengumpulan
al-Quran yang dimulakan oleh
Saidina Abu Bakar (khalifah pertama Islam). Hingga hari ini, kita gunakan
Mushaf Uthmani.
seorang sahabat nabi dermawan. semasa di madinah membeli telaga air
dari yahudi dan mewaqafkan ianya untuk keperluan masyarakat islam
Pandangan ahli Sunah mengenai Saidina Uthman
Menurut pandangan ahli
Sunah Waljamaah, dia mengahwini dua orang puteri Rasulullah s.a.w. dalam masa yang berbeza(beliau digelar zunurain). Saidina Uthman
R.Anhu salah seorang dijanjikan syurga.
Pandangan Syiah mengenai Saidina Uthman
Golongan
Syiah percaya bahawa
Saidina Ali Abi Talib yang sepatutnya menjadi khalifah memandangkan beliau ialah sepupu dan menantu
Nabi Muhammad s.a.w.. Mereka percaya bahawa Saidina Uthman tamak dan mementingkan saudara sendiri dalam melantik pentadbir baru tanah jajahan Islam.
No comments:
Post a Comment