Sunday, 21 July 2013

KAHALID BIN AL WALID ADALAH PEDANG ALLAH

     
Khalid bin Walid memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy dlm perang Uhud pada tahun 3H. Dia kekal menentang Islam hingga tahun 6H. Setelah mendapat hidayah dari Allah Taala dan memeluk Islam, beliau berhijrah ke Madinah untuk bersama Rasulullah SAW dan di lantik menjadi panglima perang dan di gelar Saifullah atau pahlawan Pedang Allah. Sebelum berhijrah, beliau sangat berani mencabar sesiapa yang berani menghalangnya, tetapi tiada seorang pun musyrikin Mekah yang berani menghalangnya.

Abu Lahab berusaha mengagalkan rancangan Khalid ke Madinah dengan memujuk rayu beliau dengan pelbagai tawaran tetapi semuanya di tolak oleh Khalid. Akhirnya beliau menawarkan hadiah 20 ribu dinar kepada pemuda Quraisy yang sanggup menghalang pemergian Khalid. Yazid seorang pengembara dari Yaman telah menerima tawaran itu tetapi sebenarnya menipu Abu Lahab kerana beliau sebenarnya berhajat melindungi dan menemani Khalid dalam perjalanan ke Madinah dan seterusnya menjadi penolong kanan Khalid dan panglima perang yang hebat.

Khalid Al Walid tidak menemui syahid walaupun memburunya sepanjang hayat, bahkan peperangan yang beliau sertai lebih dari 100 peperangan mendapat kemenangan. Antara peperangan besar yang disertainya adalah seperti perang Muktah, berperang dengan Parsi, melawan tentera Rom di Yarmuk, merebut Damsyik dari Rom, menakluki Mesir, dan menawan Baitul Maqdis. Musuh-musuh Islam, termasuk raja Rom dan Parsi yang menjadi kuasa besar dunia pada masa itu begitu gerun apabila mendengar nama pahlawan Islam 'Khalid al-Walid'.

"Saya bercita-cita mahu mati syahid. Disebabkan itulah saya menyertai semua peperangan yang melibatkan tentera Islam. Di tubuh saya ini penuh dengan parut-parut luka akibat senjata musuh, tetapi saya masih hidup. Impian saya mahu gugur syahid tidak tercapai . Akhirnya saya mati di atas katil. Hanya orang pengecut sahaja yang mati begini." Khalid bin Walid merintih ketika di ziarahi sahabat-sahabatnya semasa dia jatuh sakit.

Abu Zanad yang turut melihat parut-parut luka di tubuh Khalid berkata, " Saudara tidak boleh mati di medan perang dan saudara juga tidak boleh tewas apabila bertarung dengan musuh."

"Mengapa?" tanya Khalid dengan nada hampa. Matanya mempamerkan seribu harapan yang tidak kesampaian.

"Nabi Muhammad mengurniakan kepada saudara gelaran pahlawan Pedang Allah. Baginda mendoakan saudara menang dalam setiap peperangan. Disebabkan itulah saudara tidak boleh mati dibunuh oleh orang kafir. Saudara juga tidak boleh tewas dalam peperangan kerana doa Nabi Muhammad dimakbulkan Tuhan." Abu Zanad menjawab dengan lembut.

Khalid bin Walid terdiam mendengar kata-kata itu, namun wajahnya masih kelihatan sedih dan hiba. Pemergian Khalid di usia 58 tahun diratapi oleh umat Islam. Jasa besar dan pengorbanannya tersemat dalam hati dan sanubari mereka.


 rujukan daripada: https://en.wikipedia.org/wiki/Khalid_ibn_al-Walid
 

No comments:

Post a Comment